Zizie Ezette bawa Nur Jenna Berjumpa keluarga Kandung!!

Pada tahun lepas Zizie EZETTE telah membawa anak angkat perempuannya NUR JENNA berjumpa keluarga kandung di Sandakan sabah.

Rupanya NurJenna ada kembar perempuan Nur Janna yang seiras mukanya. Keduanya comel tapi kasihan pulak dipisahkan kembar ni.

Zizie Ezette Kini Sudah Berhijab, Ambil Anak Angkat

SEPERTI Rozita Che Wan, pelakon jelita Zizie Ezette juga mengikuti jejak langkah untuk tampil bertudung litup setelah pulang mengerjakan umrah bersama suami tercinta pada bulan Ramadhan lepas.

Apa yang lebih menggembirakan, Zizie Ezette dan suami yang juga ahli parlimen Kinabatangan, Bung Mukhtar dikhabarkan telah mengambil anak angkat perempuaan yang diberi gelaran Baby J.

Perkara itu dimaklumkan Zizie Ezette menerusi laman Instagramnya baru-baru ini.

Zizie-Ezette-Sudah-Berhijab-Kini-Ambil-Anak-Angkat-ROTIKAYA_in

“Meet our new princess. Buah hati pengarang jantung mummy and daddy @bungmoktar insha-Allah,” tulis Zizie.

Berita gembira tentang penghijrahan dan kehadiran bayi perempuan ini ternyata menerima sokongan peminat yang tidak henti-henti memberi ucapan tahniah menerusi ruangan komen yang ditinggalkan.
Zizie-Ezette-Berhijab-Kini-Ambil-Anak-Angkat-ROTIKAYA20150723_5918BUNG MUKHTAR DAN ANAK ANGKAT PEREMPUAAN YANG DIBERI GELARAN BABY J.
Zizie-Ezette-Berhijab-Kini-Ambil-Anak-Angkat-ROTIKAYA20150723_5909ZIZIE EZETTE DAN SUAMI YANG JUGA AHLI PARLIMEN KINABATANGAN, BUNG MUKHTAR.
Moga kehadiran bayi perempuan ini boleh menambah seri dan kebahagian buat pasangan suami isteri ini.

Apa pun, anak Zizie dan Bung ini memang comel!  – MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *