WOW 😱😱! Setelah 8 Bulan Berlalu, Selamat akhirnya rebah dan kian berubah di tangan Rohaya

Lapan bulan sudah berlalu sejak Selamat Riyadi Husni diijabkabulkan dengan Rohaya Kiagus Muhammad Jakfar di daerah yang dikenali penduduk setempat sebagai OKU.

Pernikahan itu memang menggemparkan. Bukan saja penduduk setempat yang terkejut malah ia turut menarik perhatian antarabangsa.

Kerajaan Indonesia juga memberikan perhatian khusus kepada kes itu. Puncanya pasangan suami isteri terbabit dibezakan oleh jurang usia yang sangat besar.

Selamat berusia 16 tahun ketika itu manakala isterinya 71 tahun. Mereka adalah penduduk Lengkiti di Ogan Komering Ulu (OKU) di Sumatera Selatan.

Hampir setahun berlalu namun tidak banyak kisah mereka ditampilkan. Namun semalam satu gambar terbaru Selamat dan Rohaya dimuat naik di Instagram.

 

 

Kebanyakan orang memberi reaksi kepada perubahan yang dapat dilihat pada penampilan pasangan terbabit.

Selamat menampakkan perbezaan ketara. Wajahnya kelihatan semakin matang dan terurus berbanding pada detik awal dia menjadi suami.

Isterinya pula kelihatan bersandar mesra pada Selamat sambil memangku sebuah kotak. Secara umum gambar itu menampakkan mereka sebagai pasangan yang bahagia.

Ramai yang memberi komen mengenai perubahan ketara pada Selamat. Antara lain mereka mendakwa ia adalah ‘jasa’ Rohaya yang berjaya melakukan pengubahsuaian pada suaminya.

Pasangan itu dijodohkan selepas Selamat menyatakan rasa cinta yang mendalam terhadap Rohaya.

Baca Selamat cuma cuit-cuit Rohaya

Asalnya Rohaya itu menjadi penjaga Selamat selepas remaja terbabit mengalami sakit malaria selama sebulan.

Daripada hubungan biasa akhirnya ada cinta tumbuh di dada Selamat. Ia kemudian disampaikan kepada wanita terbabit.

Selepas berunding mereka akhirnya nekad mahu disatukan melalui pernikahan walaupun mendapat tentangan daripada banyak pihak.

Cinta Selamat kepada Rohaya juga mengagumkan ramai orang kerana ternyata dia tidak melihat kecantikan untuk memilih isteri.

“Kami bernikah tanpa paksaan. Kami sama-sama cinta,” kata Selamat.

Selamat cuma cuit-cuit Rohaya

 

GLOBAL | Apakah bukti sayang Selamat Riyadi Husni kepada Bibik sebelum wanita berusia emas itu menjadi isterinya?

Kata remaja terbabit, pernikahan mereka pada awal minggu ini adalah penegasan jelas perasaan hatinya terhadap Rohaya Kiagus Muhammad Jakfar.

Untuk rekod, Selamat baru berusia 16 tahun manakala isterinya 71 tahun.

Pasangan itu dinikahkan pada 2 Julai lalu di kampung mereka di Ogan Komering Ulu (OKU) Sumatera Selatan.

Selamat mengenali Rohaya sejak beberapa lama dulu dan memanggilnya dengan nama Bibik.

Hubungan itu kemudian bertukar menjadi semakin mesra dan cinta pun khabarnya berputik.

Walau mendapat tentangan keluarga, Selamat berkeras mahu menikahi Rohaya. Malah media tempatan melaporkan pasangan itu mengugut untuk membunuh diri jika hajat mereka dihalang.

Bagaimanapun jodoh mereka tidak panjang.

Semalam Kompas melaporkan Jabatan Agama Wilayah Sumatera Selatan membatalkan pernikahan itu kerana tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Pulih selepas seminggu

Pegawai agama daerah OKU turut ditegur oleh jabatan terbabit.

Kes itu turut mendapat perhatian Menteri Sosial Indonesia, Khofifah Indar Parawansa.

Katanya apa yang berlaku itu tidak sepatutnya terjadi.

“Kementerian sudah menjalankan siasatan dan mendapati pernikahan itu berlangsung bukan secara sah dan tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa agama,” katanya.

Dalam temu bual dengan Sriwijaya Post, Selamat berkata, cintanya kepada Rohaya berputik sejak tiga tahun lalu – bermakna ketika itu remaja terbabit baru berusia 13 tahun.

Ditanya sama ada cintanya kepada Rohaya adalah tulen, Selamat menjawab: “Kan kalau belum nikah, tandanya belum sayang. Kalau sudah nikah ertinya betul-betul sayang.”

Sementara itu Rohaya pula menceritakan malam pertama mereka berlalu tanpa sebarang kejadian yang menarik.

“Dia ni dari malam tadi asyik mencuit-cuit saya saja,” katanya.

Sementara itu ketua penduduk setempat, Endah Amzal, berkata suatu ketika dulu Selamat demam malaria dan tiada sesiapa yang menguruskannya.

“Akhirnya nenek ini yang menguruskan Selamat. Seminggu kemudian dia pulih seperti biasa,” katanya.

Semakan pegawai kerajaan setempat mendapati pasangan Selamat – Rohaya dinikahkan di Kampung Karang Endah.

Seorang lelaki dikenali sebagai Ibnu Hajar menjadi wali wanita dan menikahkan pasangan terbabit di depan dua saksi yang dikenali sebagai Komarudin dan Charles.

Klip video yang tular di media sosial pula menunjukkan pernikahan Selamat – Rohaya disambut dengan sorakan orang ramai sebaik saja jurunikah mengesahkannya.

 

sumber: malaysiakini.com

TERKINI! Selepas Pergi Ke Klinik Bidan untuk Melakukan Pemeriksaan,,Nenek Rohaya Terkejut Bila Doktor Sah Kan Beliau…Memang Tak Sangka Tua2 Pun…

 

Heboh, Pasangan Beza Umur Datangi Klinik Bidan, Nenek Rohaya Hamil?

Kehadiran pasangan luar biasa beza usia, Rohaya yang berusia 71 tahun dan suaminya Slamet Riyadi (16) di klinik bidan Jalan Prof M Yamin, Kelurahan Pasar I, Prabumulih Utara membuat netizen heboh.

 

Banyak netizen yang mengambil kesempatan untuk berselfie dengan si nenek yang namanya sudah tular itu.

Memang, pasangan Rohaya dan Slamet Riyadi sedang menikmati masa bahagianya. Pasangan beza umur ini secara tiba-tiba menjadi selebriti dengan agenda padat.
Malah, kedua-duanya sudah tampil sebagai bintang tamu pada talkshow “Hitam Putih” episod Love is Blind di Trans7 pada Rabu (12/7) di Jakarta yang dihoskan oleh Dedy Corbuzier.

 


Slamet dan Rohaya berfoto bersama

Pasangan Slamet (16) dan Rohaya (71) semasa menginap di salah satu Hotel di Palembang.
Pulangnya dari Jakarta, pasangan itu meluangkan masa singgah di Graha Pena Sumatera Ekspres (Jawa Pos Group). Perjalanan panjang itu membuat Rohaya keletihan.
Kemudian, pada Rabu malam (13/7), kira-kira pukul 20.30 WIB, memutuskan untuk ke rumah salah seorang kerabatnya di Prabumulih sebelum meneruskan lagi perjalanannya ke Desa Karangendah, Kecamatan Lengkiti, Kabupaten Ogan Komering Ulu, Provinsi Sumatera Selatan.
Peluang itu juga dimanfaatkan Rohaya juga datang ke sebuah klinik bidan di Jl Prof M Yamin, Kelurahan Pasar I, Kecamatan Prabumulih Utara untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Ternyata bukan kerana hamil tetapi keletihan.

Sementara si suami yang juga keletihan memilih untuk tinggal dalam kereta. Setelah diperiksa, rombongan meneruskan perjalanan ke Batu Gajah.

 

sumber: ohkongsiberita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *