Tayang kekasih di Instagram, ramai peminat wanita kecewa dengan Aedy Ashraf!! FUHH

Baru-baru ini, pelakon lelaki kacak, Aedy Ashraf telah dikatakan menayangkan teman wanitanya kepada orang ramai. Kemesraan mereka mula mendapat perhatian peminat apabila Aedy kelihatan sungguh mesra dengan seorang gadis yang duduk di sebelahnya di sepanjang AME2018.

Aedy yang memakai baju berwarna hitam ke anuegarah itu dilihat begitu mesra dengan gadis berambut panjang yang memakai pakaian putih.


Kongsi moment di Insta Stories
Tidak cukup dengan itu, Aedy turut memuatnaik beberapa buah video mesra beliau bersama gadis tersebut di dalam Insta Storiesnya.
Kali pertama tayang ‘teman’ di Instagram
Meskipun identiti gadis itu tidak dapat dikenalpasti, tetapi ini merupakan pertama kalinya Aedy secara terbuka berkongsi gambar bersama gadis di Instagramnya dan ini sekaligus membuatkan peminatnya menganggap gadis itu merupakan teman wanitanya.


Komen peminat yang ‘heart broken’

Setakat ini, Aedy tidak menafikan ataupun mengesahkan gosip ini, sebaliknya mengambil langkah untuk berdiam diri.

Tetapi, sekiranya memang benar gadis ini adalah teman wanitanya, pasti ramai gadis-gadis di luar sana yang terpaksa ‘makan hati’ dengan hakikat ini.

Apa-apa pun, kami mendoakan yang terbaik untuk kedua-dua pasangan ini. Good luck bro!

 

Sumber: Ohmymedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *