Siapa Masih Ingat Kisah Lelaki Ditelan Ular Sawa Di Segamat Pada 1995? Ini Kisah Sebenarnya Yang Ramai Masih Tak Tahu!

KIRA-KIRA 22 tahun dahulu ketika zaman tidak wujud lagi media sosial seperti Facebook, negara pernah digemparkan dengan tragedi seorang lelaki ditelan seekor ular sawa di pekan Tenang Stesen, Segamat, Johor.Kejadian hitam pada 4 September itu bukan sahaja telah menggemparkan seluruh negara, bahkan dianggap peritiwa hitam paling tragis dan mencemaskan sepanjang 1995.

Mangsa, E Heng Chuan, 29, ditemui kira-kira pukul 10.30 malam di bangsal berhampiran rumahnya, di mana sebahagian badannya telah ditelan oleh ular sawa yang difahamkan seberat 140 kilogram.

Ular sawa itu hanya berjaya menelan kepala dan sebahagian badan Heng Chuan kerana tersangkut pada bahu mangsa.

Dilaporkan sebelum kejadian, mangsa dikatakan berjalan menuju ke bangsal berhampiran rumahnya kira-kira jam 8 malam untuk menutup suis generator air kolam.

Bagaimanapun setibanya di sana, reptilia itu menyerang Heng Chuan dengan mengigit dan membelit lelaki itu sebelum bertindak menelannya.

Kemungkinan berlaku pergelutan agak lama sebelum mangsa mati, berdasarkan keadaan bangsal yang semak bertukar menjadi lapang.

Hakikat itu memang logik kerana kejadian hanya disedari abang mangsa, E Seng Guan, 32, yang keluar mencarinya adiknya apabila tidak pulang ke rumah, kira-kira 30 minit selepas keluar untuk menutup suis generator terbabit.

Seng Guan mencari adiknya di kawasan itu pada pukul 8.30 malam tetapi gagal menemuinya.

Ketika sampai ke situ pada kali kedua, Seng Guan menemui seekor ular sawa sedang membelit dan cuba menelan adiknya dari bahagian kepala tetapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana terlalu terkejut.

Dia kemudian bergegas pulang ke rumah untuk memberitahu ibunya, Lim See Mek, 51. Mereka kemudian melaporkan kejadian itu ke pondok polis pekan Tenang Stesen untuk meminta bantuan.

Polis menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11 malam, tetapi pada masa itu tidak mempunyai sebarang gambaran mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi.

Polis pada mulanya beranggapan ia hanya kejadian ular sawa membelit mangsa dan tidak begitu yakin sebahagian badannya ditelan walaupun sudah dimaklumkan abang mangsa.

Dalam kegelapan malam itu, sepasukan lima anggota polis bersama Seng Guan dan seorang penduduk kampung pergi ke tempat kejadian. Mereka menggunakan lampu picit dan bersenjatakan M16.

Seorang anggota polis melepaskan empat das tembakan untuk membunuh ular itu bagi menyelamatkan mangsa, bagaimanapun Heng Chuan didapati meninggal dunia di tempat kejadian akibat terlalu lama dijerut dengan kuat.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Segamat untuk dibedah siasat manakala bangkai ular sawa besar itu dibawa ke pondok polis Tenang Stesen.

Seorang anggota polis yang menyertai operasi ketika itu, Lans Koperal Razib Ujang, 30, menggambarkan bunyi ular sawa itu ketika hendak menelan mangsa amat menggerunkan.

Ular itu berbunyi seperti menyedut, kemudian kedengaran bunyi seolah-olah ia menghembuskan nafasnya. Pada masa sama, ular itu menggeleng seperti mahu memastikan kepala dan badan mangsa masuk ke dalam mulutnya.

Kejadian itu turut menakutkan penduduk di sekitar Tenang Stesen dan Redong terutama penoreh getah, yang risaukan keselamatan mereka kerana beranggapan pasangan ular yang mati dibunuh itu akan keluar mencari temannya, terutama di dalam paya dan semak berhampiran kebun getah tempat mereka menoreh.

Timbalan Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Perhilitan dan Taman Negara (Perhilitan) Ibu Pejabat, Celescoriano Razond ketika mengulas tindakan agresif ular sawa menyerang manusia menegaskan, ada beberapa faktor ular sawa akan bertindak terhadap manusia, terutama kerana lapar atau diganggu.

“Mangsa yang ternampak ular yang terlalu besar akan terkejut dan mungkin boleh pengsan. Jika pengsan atau terjatuh, ia akan memudahkan ular menyerang.

“Ular sawa biasanya ambil masa untuk belit mangsanya, ini bermakna seseorang itu masih ada masa untuk melepaskan diri tetapi bergantung kepada kekuatan dan semangatnya,” katanya.

Beliau berkata, kejadian ular sawa membelit manusia amat jarang dilaporkan tetapi pernah berlaku di Kuala Krai, Kelantan pada 1985 apabila mangsa ditemui mati dengan keadaan tulangnya patah dicerut reptilia itu.

Bagaimanapun ular berkenaan melarikan diri. Pada 17 Februari lalu, seorang buruh warga Indonesia, Sapar, 55, turut maut dibelit ular sawa dan nyaris ditelan di Jabor, Terengganu.

 

SUMBER – MYNEWSHUB.CC via KUASAHEBOH

.

Hukum Isteri Bersedekah Dengan Harta Suami,Adakah Memerlukan Kebenaran Suami Atau Tidak?Ramai Yang Tak Tahu!

Hadith berkenaan perkara ini :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَنْفَقَتْ الْمَرْأَةُ مِنْ طَعَامِ بَيْتِهَا غَيْرَ مُفْسِدَةٍ كَانَ لَهَا أَجْرُهَا بِمَا أَنْفَقَتْ وَلِزَوْجِهَا أَجْرُهُ بِمَا كَسَبَ وَلِلْخَازِنِ مِثْلُ ذَلِكَ لَا يَنْقُصُ بَعْضُهُمْ أَجْرَ بَعْضٍ شَيْئًا

artinya : Dari ‘Aisyah r.a. dia berkata : Rasulullah saw telah bersabda : “Jika bersedekah olih seorang perempuan dari makanan yang ada di rumah (suami) nya yang bukan bermaksud menimbulkan kerusakan maka baginya pahala atas apa yang dibelanjakan dan bagi suaminya pahala dengan sebab harta yang diusahakannya. Demikian juga bagi seorang penjaga harta benda (yakni mendapat pahala) dengan tidak dikurangi sedikitpun pahala masing-masing dari mereka.” (Hadith Bukhari)

Al-Imam Nawawi berkata :

وَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا بُدّ لِلْعَامِلِ – وَهُوَ الْخَازِن – وَلِلزَّوْجَةِ وَالْمَمْلُوك مِنْ إِذْن الْمَالِك فِي ذَلِكَ ، فَإِنْ لَمْ يَكُنْ إِذْنٌ أَصْلًا فَلَا أَجْر لِأَحَدٍ مِنْ هَؤُلَاءِ الثَّلَاثَة ، بَلْ عَلَيْهِمْ وِزْر بِتَصَرُّفِهِمْ فِي مَال غَيْرهمْ بِغَيْرِ إِذْنه .
وَالْإِذْن ضَرْبَانِ : أَحَدهمَا : الْإِذْن الصَّرِيح فِي النَّفَقَة وَالصَّدَقَة ، وَالثَّانِي : الْإِذْن الْمَفْهُوم مِنْ اِطِّرَاد الْعُرْف وَالْعَادَة كَإِعْطَاءِ السَّائِل كِسْرَة وَنَحْوهَا مِمَّا جَرَتْ الْعَادَة بِهِ وَاطَّرَدَ الْعُرْف فِيهِ ، وَعُلِمَ بِالْعُرْفِ رِضَاء الزَّوْج وَالْمَالِك بِهِ ، فَإِذْنه فِي ذَلِكَ حَاصِل وَإِنْ لَمْ يَتَكَلَّم ،
وَهَذَا إِذَا عَلِمَ رِضَاهُ لِاطِّرَادِ الْعُرْف وَعَلِمَ أَنَّ نَفْسه كَنُفُوسِ غَالِب النَّاس فِي السَّمَاحَة بِذَلِكَ وَالرِّضَا بِهِ ، فَإِنْ اِضْطَرَبَ الْعُرْف وَشَكَّ فِي رِضَاهُ أَوْ كَانَ شَخْصًا يَشُحّ بِذَلِكَ وَعَلِمَ مِنْ حَاله ذَلِكَ أَوْ شَكَّ فِيهِ لَمْ يَجُزْ لِلْمَرْأَةِ وَغَيْرهَا التَّصَدُّق مِنْ مَاله إِلَّا بِصَرِيحِ إِذْنه .

Maksudnya : Ketahui olih kamu bahawa bagi seorang pekerja yaitu penjaga harta tuannya dan juga si istri dan hamba yang ingin membelanjakan harta tuan atau suaminya hendaklah mendapatkan izin dari si pemilik harta atau suaminya terlebih dahulu. Bila tidak ada izinnya sama sekali maka tidak ada pahala yang didapatkan oleh ketiga golongan tersebut. Bahkan ketiganya (yakni pekerja, isteri dan hamba) berdosa karena menggunakan harta orang lain tanpa ada izin pemiliknya.

Dan izin itu ada dua macam. Salah satunya ialah izin yang jelas membenarkan berbelanja dan bersedekah. Dan izin yang kedua ialah izin yang difahami dari kebiasaan yang berlaku seperti memberi sepotong roti kepada peminta dan yang seumpamanya.

Dan telah diketahui bahawa suami dan pemilik harta itu redha dengan pemberiannya itu. Dengan kata lain bahawa suami dan pemilik harta memberi izin walaupun tidak dengan perkataan.

Dan hal ini apakala diketahui ridhanya kerana kebiasaan yang berlaku dan diketahui bahawa dirinya sama seperti manusia-manusia yang suka bersedekah dengan harta.

Maka jika tidak dapat dipastikan tentang sikap dermawannya atau ragu adakah dia suka bersedekah atau tiada atau memang sikapnya tidak suka bersedekah dan diketahui hal itu melalui kelakuannya maka tidak harus bagi si isteri atau penjaga harta bersedekah dari hartanya melainkan mesti dengan ada izinnya yang jelas.

(Kitab Syarah Muslim Imam Nawawi)

Keterangan

– Bersedekah adalah amalan baik yang akan memperolehi pahala di akhirat.

– Bersedekah dengan harta sendiri tidak memerlukan izin orang lain.

– Jika mahu bersedekah dengan harta orang lain seperti harta suami atau majikan maka mestilah dengan izin suami dan majikan.

– Jika suami izinkan isteri bersedekah dengan harta suami atau majikan izinkan perkeja bersedekah dengan harta majikan maka semua mereka mendapat ganjaran pahala.

– Izin dari tuan harta untuk bersedekah mestilah dengan berlafaz atau bertulis atau lain-lain alamat memberi izin.

– Jika suami atau tuan harta tidak memberi izin dengan jelas tetapi yang bersedekah tahu bahawa suami atau tuan harta akan suka jika diketahui sedekahnya itu maka hukumnya adalah harus.

– Jika disyakki adakah suami atau tuan harta akan benarkan sedekah dengan hartanya atau tidak maka tidak harus bersedekah.

– Bersedekah dengan harta orang tanpa izin adalah berdosa dan tidak mendapat pahala.

wallahua’lam

Sumber: Ustaz Azhar Idrus (Original)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *