Setelah Neelofa Teruk Dikecam, Respon Daphne Iking Ini Boleh Sejukkan Hati Peminat Neelofa. Dia Ada Di situ Dan Ceritakan Perkara Yang Sebenar Berlaku. Bukan Seperti Yang Korang Sangka Kan…

Ketika ini, baik di Instagram mahupun Facebook rata – rata netizen masih hangat membicarakan soal majlis pelancaran kolesi tudung terbaru Neelofa, ByLofa. Segalanya menjadi kontroversi apabila selebriti itu memilih sebuah kelab malam terkenal di ibu negara sebagai lokasi majlisnya itu.


Daphne Iking Pertahankan Neelofa
Menyedari pelbagai kecaman terus diterima, pelakon dan pengacara Daphne Iking yang turut berada disitu sebagai hos tampil memberi kenyataan balas di Instagramnya yang mendakwa ianya bukanlah seperti yang digambarkan netizen. Menurut Daphne, segala persiapan telah pun diatur rapi dimana tiada minuman alkohol dihidangkan, tidak dibenarkan merokok malah kelengkapan hiasan turut dihias mengikut tema yang diinginkan.

BACA  [VIDEO] Bercinta Semula? Datuk Hans Isaac Buat Pengakuan Depan Neelofa

Tambahnya juga, sebab mengapa kelab malam itu dipilih kerana ianya juga merupakan sebuah lokasi acara disamping turut tersedia dengan pakej yang berpatutan dan mengikut tema yang diinginkan.
Neelofa Tidak Ambil Peduli Komen

Meskipun pelbagai komen dan kecaman daripada netizen, Neelofa mengambil jalan untuk tidak ambil peduli dengan sebarang ancaman yang diterima. Baginya menerusi BH Online pula, beliau tahu apa yang beliau sedang lakukan.

“Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara, yang penting saya tahu apa yang dilakukan. Lokasi dipilih sesuai dengan tema selepas menyenarai pendek beberapa tempat”

“Kalau pilih tempat lain, saya perlu keluarkan wang lapan kali ganda bagi memenuhi kehendak tema. Sampai bila pun takkan habis kalau terus melayan kecaman netizen. Jadi tahun ini, saya memilih untuk tidak ambil peduli lagi kata-kata orang,”

Berikut adalah video semasa pelancaran, anda nilaikan sendiri..

‘SUASANA DAN MUZIK BUAT SAYA LALAI’ – WANITA MENARI DALAM VIDEO VIRAL DI MAJLIS PELANCARAN KOLEKSI TUDUNG NEELOFA TAMPIL BERI PENJELASAN

Video wanita bertudung menari sakan dan menghairahkan pada majlis pelancaran koleksi tudung Neelofa membabitkan seorang personaliti YouTube, dikecam hebat netizen di media sosial.

Nisa Kay mengaku tersilap langkah sehingga berkelakuan tidak sepatutnya dalam majlis pelancaran yang berlangsung semalam.

“Saya akui perlakuan saya itu tidak seharusnya berlaku dan sama sekali tidak menggambarkan diri saya sebenar serta imej sebagai wanita bertudung. Saya akui saya tidak memaparkan contoh yang baik, lebih-lebih lagi dengan reputasi yang perlu dijaga,” katanya memetik laporan dari mStar Online hari ini.

Nisa tidak menyangka video aksi menari dengan aksi ghairah itu akan viral dan terkejut apabila membaca komen dan posting yang dimuat naik di media sosial.

“Kehadiran saya di acara berkenaan adalah untuk memenuhi jemputan pihak penganjur dan saya tidak seharusnya menyertai permainan perang bibir (lip-sync battle) tersebut. Tetapi memandangkan kumpulan terbabit tidak mempunyai ahli yang cukup, saya yang berdiri berhampiran kumpulan itu ditarik oleh seorang petugas untuk menyertai mereka.

“Suasana dan muzik yang meriah mungkin membuatkan saya lupa seketika siapa saya dan kenapa saya berada di sana. Ada khilafnya di mana saya lalai dan terbawa-bawa dengan perlakuan saya seperti mana yang orang ramai sudah saksikan menerusi video tersebut,” katanya.

Nisa berharap, kejadian itu memberi pengajaran kepada dirinya dan juga orang lain.

Sumber – Thereporter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *