Nafkah Isteri Dan Ibu-Bapa, Mana Yang Didahulukan? KONGSIKAN UNTUK KAUM ADAM

Soalan; Assalamualaikum. Sy ada beberapa soalan.

Apakah hukum suami yg selalu mengabaikan nafkah anak isteri kerana mengutamakan keluarganya di kg? – Suami bukanlah anak lelaki sulung @ anak lelaki tunggal.
Bolehkah keluarga di kg terutama ibu & ayah meminta duit (terlalu kerap) dari anak lelakinya padahal anak lelakinya jg perlu bertanggungjawab pada anak isteri? – Ayahnya masih berkerja tetap selalu mengalami masalah kewangan.

Syukran jazilan atas jawapan yg diberikan.

Jawapan;

Dalam pemberian nafkah, seorang suami hendaklah mendahulukan isteri dan anak-anak dari orang lain (termasuk ibu-bapa). Urutan nafkah adalah seperti berikut;
a) Diri sendiri
b) Isteri
c) Anak
d) Bapa
e) Ibu
f) Cucu
g) Datuk
h) Saudara
i) Ahli-ahli keluarga berikutnya.

Urutan ini adalah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang menegaskan; “Mulailah dengan diri kamu, bersedekahlah kepada diri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk isteri kamu. Jika ada lebihan, maka untuk ahli keluarga kamu. Jika ada lebihan lagi, maka untuk begini dan begini; yakni untuk orang di hadapan kamu, di kanan dan kiri kamu” (Riwayat Imam Muslim dan an-Nasai dari Jabir r.a.. al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 46).

 

Berkata Imam an-Nawawi mengulas hadis ini; di antara kesimpulan dari hadis ini ialah; hendaklah pemberian nafkah dimulakan mengikut tertib yang tersebut (dalam hadis). (Syarah Soheh Muslim, juz 7, Kitab az-Zakah, bab al-Ibtida’ Fi an-Nafaqah Bin-Nafsi Tsumma Ahlihi Tsumma al-Qarabah).

Perlu disebut juga di sini bahawa nafkah untuk isteri wajib diberikan oleh suami sekalipun isteri kaya dan berada. Suami yang gagal memberi nafkah sewajarnya kepada isterinya -mengikut kemampuannya- ia dianggap berhutang dengan isterinya kecualilah jika isteri menggugurkan haknya dengan kerelaannya sendiri. Begitu juga, isteri boleh menuntut fasakh di atas kegagalan suaminya memberi nafkah.

Adapun nafkah kepada orang lain selain isteri, ia tidak wajib melainkan apabila memenuhi dua syarat;

a) Mereka adalah miskin, tidak memiliki harta dan tidak mempunyai sumber pendapatan. Jika mereka mempunyai harta atau memiliki sumber pendapatan sendiri, tidaklah wajib lagi ia menyara mereka. Namun digalakkan ia meneruskan pemberiannya kepada mereka untuk mengekal kasih sayang dan silaturrahim.
b) Ia mempunyai kemampuan untuk menanggung mereka; sama ada dengan hartanya atau dengan sumber pendapatannya. Kemampuan ini merangkumi kos saraan untuk diri sendiri dan isteri. Jika ada lebihan (setelah ditolak keperluan diri dan isteri), barulah ia wajib menyara ahli-ahli keluarga yang lain.

Merujuk kepada soalan di atas, tidak harus suami mengabaikan nafkah kepada isteri dan anak-anak dengan alasan ingin membantu ibu-bapa di kampung kerana menafkahi isteri dan anak-anak adalah wajib. Jika benar ibu-bapa memerlukan nafkah darinya, ia hendaklah menafkahi mereka tanpa mengabaikan isteri dan anak-anak. Itupun jika ia mampu menampung semua mereka. Jika tidak, hendaklah ia mendahulukan isteri dan anak-anak.

Wallahu a’lam.

Rujukan;

Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi.
Manar as-Sabil, Ibnu Dhuyan.

Kredit = dakwahsantai.com

sumber : Kartel Dakwah
INILAH AYAT PELARIS CARA ISLAM YANG RAMAI PENIAGA LUPA NAK AMALKAN. KONGSIKAN AGAR LEBIH RAMAI YANG TAHU…
Berniaga merupakan jenis usaha yang paling banyak diceburi oleh masyarakat Malaysia, hampir majoriti umat muslim di Malaysia sebahagian besar memilih profesional sebagai peniaga. Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menganjurkan kita sebagai umat Muslim untuk berniaga kerana keuntungan dari berniaga sangat banyak hampir 100 % atau lebih lagi, bergantung kepada kita sebagai pedagang yang pandai menerapkan sistem perniagaan Rasulullah SAW.

Memang kita sebagai seorang muslim dibebaskan untuk mencari rezeki di bidang apapun asalkan ianya Hhalal dan berkah maka itu tidak berdosa, untuk itu perlu di ingatkan kepada anda bahawa kita harus selalu bersikap jujur dan dapat dipercaya sehingga kita akan mendapatkan keberkatan dari segala bidang usaha kita kerana hasil dari usaha kita tersebut akan digunakan untuk menafkahi diri sendiri, keluarga dan anak kita sehingga perlu di perhatikan kehalalannya.

Sedangkan untuk ayat pelaris perniagaan ini hanya untuk rujukan atau usaha anda kerana rezeki Allah SWT yang mengaturnya jadi kita memohon kepada Allah SWT supaya perniagaan laris dengan cara berdoa agar perniagaan kita tidak mengalami kerugian. Tetapi perlu anda ingat bahawa anda juga harus berusaha dg keras, tekun dan ikhlas kerana jika anda mengandaikan doa saja tanpa usaha maka seperti sayuran tanpa garam.

Bacaan ayat pelaris perniagaan ini dibacakan setelah selesai solat wajib 5 waktu dan boleh juga dibacakan saat anda ingin bergerak ke tempat perniagaan atau masa ingin membuka kedai yang dilengkapi dengan niat yang benar untuk mencari nafkah buat isteri, anak dan keluarga.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SURAH FAATHIR

“Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.”

Selain mengamalkan dan membaca Ayat 1000 Dinar. Bagi yang menceburi bidang perniagaan tak kira online bisnes, offline, direct selling atau perniagaan restoran makanan. Eloklah mengamalkan ayat-ayat dari Surah Faathir, ayat 29 dan 30. Makna pada terjemahannya cukup baik dan indah sekali.

Tidak payah lagi mencari pelaris yang belum pasti kebenarannya dan tidak bercampur aduk dengan sihir. Takut-takut disebabkan pelaris itu. Aqidah kita boleh terpesong. Yang melariskan adalah kehendakNya dengan daya usaha sendiri yang diberkati oleh Allah SWT. Minta dan mohon kepadaNya dengan membaca ayat-ayat tersebut.

Inna allatheena yatloona kitabaAllahi waaqamoo assalatawaanfaqoo mimma razaqnahum sirran waAAalaniyatanyarjoona tijaratan lan taboor (29)

Liyuwaffiyahum ojoorahum wayazeedahum min fadlihiinnahu ghafoorun shakoor (30)

Terjemahannya:

Ayat 29

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

Ayat 30

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).

Ramai orang Melayu cuma mengamalkan doa-doa pelaris beserta ayat-ayat suci Al-quran hanya ketika melakukan perniagan mereka sahaja, tetapi amalan-amalan wajib lain ditinggalkan. Bagaimana nak maju dalam perniagaan jikalau macam ni! Jadi jangan tinggalkan yang wajib untuk mendapatkan rahmatNya.

Wasallam.

sumber: sehinggit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *