“Laju Je Fattah Dengan Fazura Turun Dari Pelamin Tak Hirau Gaun Tersangkut Sebab Nak Sambut Opah”- Sweet Moment Fattzura Dan Opah Sentuh Hati Para Netizen

Sudah berlangsung dengan meriahnya persandingan dua merpati sejoli iaitu Fattah dan juga Fazura baru-baru ini.Memang romantis habis orang cakap mereka punya perkahwinan dan tema majlis itu sungguh mengasyikkan seperti berada di alam kayangan.

Mereka berdua di lihat sama cantik dan sama padan ketika berada di pelaminan bersama.

Majlis itu di hadiri oleh pihak media, rakan-rakan dan juga keluarga dari kedua-dua belah pihak malah tetamu VVIP juga turut di jemput bersama.

Macam biasa, bila lepas makan-makan, maka akan ada sesi tetamu datang naik ke pelamin untuk ucap tahniah dan bersalaman dengan para pengantin di samping mengambil gambar kenangan. Memang sangat ramai artis popular post gambar mereka bergambar dengan pengantin hot nie di Instagram masing-masing.

Namun ada satu detik indah berjaya di rakam dan menarik perhatian ramai netizen. Kata netizen, ini adalah saat full of love antara Fattzura dan juga Opah. Ketika mereka sibuk melayan hadirin di pelamin, mereka berdua cepat-cepat turun ke bawah untuk mendapatkan Opah yang berada di atas kerusi roda walaupun gaun Fazura yang panjang itu di katakan tersangkut-sangkut ketika nak turun.

Saat manis itu di rakam dan di kongsi oleh keluarga mereka sendiri(Mak Teh). Opah di katakan sebak melihat cucunya bernikah dan bahagia dengan hidupnya membuatkan dia menangis haru. Ketika itu Fazura cuba memujuk Opah sambil memegang tangan serta merangkul wajahnya. Setelah itu Fattah juga di lihat bercaka-cakap dengan Opah dan barulah Opah nampak tersenyum.

Mungkin Opah merasa hiba dan sebak kerana dapat melihat detik indah itu walaupun dia hanya mampu duduk atas kerusi roda. Netizen ramai yang tersentuh hati dengan saat indah dan bahagia ini.Mereka memuji-muji Fazura yang di lihat tersangatlah loving dan rendah diri dan menurut netizen,Fattah telah memilih individu yang tepat untuk di jadikan isteri.

 

Kredit: Kisah Dunia / ceriteradunia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *