Inilah Kata-Kata Cikgu Azizan Setelah Dibebaskan Yang Buat Ramai Orang SEBAK !!! Sangat TERHARU

Mahkamah Majistret Seremban telah melepas dan membebaskan Cikgu Azizan selepas ibu bapa kepada anak muridnya yang dikenakan tindakan tegas kerana masalah disiplin menarik balik saman terhadap guru berkenaan.

Cikgu Azizan atau Azizan Manap,44, dituduh mencederakan muridnya pada Oktober lalu dan sesi perbicaraan telah ditetapkan bermula Selasa.

“InsyaAllah saya akan bekerja seperti biasa. Saya seorang cikgu.

“Saya tidak akan berdendam dengan sesiapa dan menganggap anak murid adalah anak saya.

“Saya maafkan anak murid dan keluarganya,” ujarnya selepas menerima keputusan daripada mahkamah pada pagi Selasa.

Cikgu Azizan dilikelilingi rakan-rakan guru serta sahabatnya yang melancarkan kempen solidariti bagi menyokongnya di luar mahkamah ketika ditemui pihak media.

“Saya juga berterima kasih kepada semua dan hargai dari lubuk hati saya di atas doa dan sokongan semua guru, semua orang. Minta maaf jika saya tidak menyebut nama-nama yang lain.

“Saya doakan anak murid saya menjadi manusia yang berguna,” katanya yang kelihatan terharu.

Difahamkan, dakwaan ke atasnya dibuat pihak ibu bapa yang tidak berpuas hati terhadap Cikgu Azizan kerana mengenakan tindakan tegas kepada anak mereka yang dikatakan terlibat masalah disiplin di sekolah.

Kisah Cikgu Azizan ini mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memberi sokongan terhadapnya sekali gus mewujudkan tanda pagar #pray4cikguazizan.

Pada masa sama, netizen turut menolak tindakan ibu bapa itu didakwa cuba mengheret dan memperbesarkan perkara yang boleh diselesaikan dengan cara lebih baik tanpa melibatkan pihak mahkamah.

KRONOLOGI KES CIKGU AZIZAN

Berikut adalah serba sedikit perjalanan kes beliau:

31 Oktober 2017: Sebutan Kes. Berhadapan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Jenayah di Mahkamah Majistret Seremban.

Beliau tidak menyangka disabitkan atas seksyen tersebut. Mengaku tidak bersalah di atas tuduhan itu sebaik sahaja Hakim membicarakan dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM500

Semasa proses ikat jamin oleh seorang rakan, beliau telah di tempatkan di lokap mahkamah bersama-sama pesalah jenayah lain yang terlibat dengan dadah dan lain-lain.

Dalam lokap itu ada lebih kurang 13 org pesalah .Tangan beliau DIGARI bersama seorang pesalah dadah sepanjang perjalanan dari lokap mahkamah ke lobi mahkamah untuk urusan ikat jamin yang jaraknya 100 meter.

Dakwaan ke atas beliau dibuat atas tuduhan mendenda seorang murid. Untuk pengetahuan sahabat semua, beliau mendenda murid tersebut atas kesalahan:

Menghidu gam dalam kawasan sekolah dan turut mempengaruhi murid lain (3 orang) supaya turut serta.Kesalahan tersebut dilakukan sejak 2016.
Buli.
Memukul murid lain.
Ponteng dengan memanjat pagar sekolah.

27 November 2017: Dokumen pertuduhan telah diserah kepada beliau.

19 Disember 2017: Perbicaraan akan bermula.

Kredit : MYISLAM INFO VIA : Mstar & Pendidik2u

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *