Inilah Cara Gunakan Belimbing Buluh Untuk Rawat Demam & Darah Tinggi, KONGSIKAN

Pokok belimbing buluh atau nama saintifiknya Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae dan mempunyai nilai yang tinggi dari segi perubatan.

Mudah dijumpai di kawasan kampung dan kawasan perumahan kerana pokok ini mudah ditanam dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi. Buahnya boleh digunakan untuk berbagai-bagai tujuan.

Antara Khasiat Belimbing Buluh ialah:

1. Ia mengandungi banyak khasiat yang tidak ternilai. Daunnya apabila digiling halus dan dilumur boleh menghilangkan jerawat dan melembutkan kulit di muka, sakit-sakit sendi serta panau.khasiat belimbing buluh, resepi belimbing buluh, petua belimbing buluh, belimbing buluh untuk rawat demam, belimbing buluh rawat darah tinggi

2. Jika direbus, ia boleh mengubati batuk, menurunkan tekanan darah tinggi dan pitam. Untuk menghilangkan batuk, campurkan segenggam bunga Belimbing Buluh dengan sedikit jus pegaga yang telah ditumbuk, 2 biji bawang merah dan 1 batang kulit kayu manis sebesar jari kelingking. Seterusnya direbus dan ditapis air rebusan itu. Kemudian minum dengan mencampurkan sedikit madu. Minum segelas, 3 kali sehari.

3. Untuk anda yang ada darah tinggi, petik 3 biji buah Belimbing Buluh. Potong kecil-kecil dan rebus. Minum air rebusannya selepas sarapan pagi setiap hari.

4. Bagi bayi yang diserang oleh penyakit kuning, mandi dengan air mendidih meninggalkan buah bintang untuk memudahkannya.

Sekiranya mengalami demam panas, anda boleh cuba petua di bawah:

1. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar. Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.

2. Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit.

3. Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan. Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.khasiat belimbing buluh, resepi belimbing buluh, petua belimbing buluh, belimbing buluh untuk rawat demam, belimbing buluh rawat darah tinggi

Untuk Penyakit Darah Tinggi:

1. Ambil beberapa biji benih segar. Bersihkannya terlebih dahulu dan semuanya sehingga dihancurkan.

2. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya. Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang.

3. Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu.

Awas! Muka Lumpuh Sebelah Akibat Kerap Tidur Dengan Rambut Basah
Kita seringkali mendengar nasihat daripada orang yang lebih tua untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur. Pernahkah anda terfikir apakah sebabnya?

Ramai yang mengambil mudah dan mengabaikan nasihat ini walhal ianya berkemungkinan besar akan membawa kepada masalah yang lebih teruk daripada yang kita jangkakan.

Menurut satu laporan oleh WORLD OF BUZZ, seorang wanita telah mengalami lumpuh pada bahagian kiri mukanya kerana tidur dalam keadaan rambut masih lagi basah.

Insiden yang berlaku di China ini menimpa wanita berusia 32 tahun yang dikenali sebagai Xiong. Dia yang bekerja di sebuah pusat membeli belah, seringkali pulang lewat ke rumah.facial palsy, bell's palsy, rambut basuh masa tidur, bahaya tidur dengan rambut basah, keringkan rambut sebelum tidur

Akibatnya dia kerap tertidur selepas mandi, sebelum sempat mengeringkan rambutnya. Malang menimpanya, apabila suatu pagi, dia tidak dapat menggerakkan bahagian kiri muka manakala mulutnya mulai senget ketika dia sedang menggosok gigi.

Risau dengan keadaan itu, dia segera ke hospital untuk mendapatkan nasihat doktor. Apa yang mengejutkan, doktor mengesahkan saraf muka Xiong telah mengalami lumpuh.

Hal ini berkemungkinan besar disebabkan oleh tabiatnya yang suka tidur dalam keadaan rambut yang basah. Melalui penerangan doktor tersebut, rambutnya yang basah telah mengubah suhu badan dan menyebabkan mukanya menjadi kejang.

Tambah doktor itu lagi, perkara ini jadi lebih cepat kerana badannya berada dalam keadaan berehat dan tenang semasa tidur. Xiong bagaimanapun bernasih baik kerana lumpuh pada mukanya hanya berlaku buat sementara waktu.

Oleh itu, doktor tersebut meminta Xiong untuk mengeringkan rambut terlebih dahulu sebelum tidur kerana sarung bantal dan bantal yang basah akan mempercepatkan pembiakan bakteria. Ini sekaligus menyebabkan jangkitan.

Mengejutkan bukan? Lepas ni kenalah beringat ya. Pastikan rambut kering terlebih dahulu sebelum tidur!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *