GEMPAR! KANAK-KANAK BERUSIA 12 TAHUN MELAHIRKAN DAN MEMBUANG ANAKNYA KE DALAM SEMAK.

Seorang ibu muda berusia 12 tahun telah membuang bayi perempuannya ke dalam semak di China pada Jumaat lalu.

Bayi itu kini berada di hospital dan berada dalam keadaan sihat.

Polis tempatan mengesahkan, ibu bayi berkenaan adalah seorang pelajar sekolah rendah dikenali sebagai Xiao Min dan tinggal bersama datuk dan neneknya dan hanya berjumpa dengan ibu bapanya yang bekerja di bandar lain sekali dalam setahun.

Bayi tersebut di temui di Yibin, Nanxi sebuah bandar di wilayah Sinchuan pada malam 11 Ogos lalu, berdasarkan laporan laman web The Paper.

Dia dijumpai di dalam semak bersebelah sebuah jambatan.

Bayi berkenaan segera dikejarkan ke Hospital Perubatan tradisional China Nanxi untuk pemeriksaan kesihatan.

Sementara itu, memetik Metro.uk, pada hari bayi baru ditemui, nenek kanak-kanak itu berkata, cucunya berasa tidak sihat dan dia memutuskan untuk membawanya ke hospital untuk pemeriksaan.

Ketika dalam perjalanan, kanak-kanak itu meminta untuk menggunakan tandas dan kemudian menghilangkan diri  di sebalik semak berhampiran jambatan selama 30 minit.

Apabila dia kembali, mereka terus ke hospital untuk buat pemeriksaan.

Pada masa tersebut, penyiasat percaya bayi itu dilahirkan dan kemudian ditinggalkan.

Doktor berkata bayi dilahirkan secara pramatang dan dalam keadaan sangat lemah ketika tiba di hospital namun tidak mengalami kecacatan fizikal atau kecacatan kelahiran lain yang dapat dikenalpasti.

Guru dan neneknya tidak menyedari kanak-kanak itu mengandung, katanya.

Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui bapa kepada kanak-kanak itu.

Bayi itu dipindahkan ke Hospital Yibin pada 14 Ogos lalu dan akan diserahkan kepada rumah anak yatim selepas keadaanya stabil.

Sumber: Sensasi Media

 

.

Penting !!! Ramai Orang Islam Tak Tahu Pasal Ni ! Hukum Suami Cium Jenazah Isteri

Apakah hukum si suami memberi ciuman kepada si isteri ketika saat akhir si isteri dikafankan? Maksud saya, selesai si mati dimandikan dan dikafan, hanya tinggal muka sahaja belum dikafankan kerana memberi peluang kepada anak si mati memberi ciuman terakhir.

ABDULLAH,
Ciuman mempunyai maksud kasih sayang atau tanda hormat. Oleh itu tidak mengapa mencium jenazah selagi mana jenazah itu adalah mahramnya dan antara suami terhadap jenazah isteri atau sebaliknya.

Sepakat ulama bahawa wuduk jenazah tidak terbatal kerana terangkatnya taklif kepada jenazah.
Ciuman kepada jenazah sering dilakukan Rasulullah yang diriwayatkan Saidatina Aisyah RA; “Bahawa aku melihat Rasulullah mencium Uthman bin Maz’un apabila beliau meninggal dan aku melihat linangan air mata baginda.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Tidak digalakkan memberikan ciuman berulang-ulang kali. Larangan seperti ini biasanya dirujuk kepada budaya masyarakat melayu.

 

Jika ingin melakukan, biarkan penuh dengan adab dan sopan. Bukan menjadi tontonan orang ramai yang menziarahi jenazah.

Mungkin boleh memberikan ciuman terakhir ketika jenazah masih di rumah dalam keadaan yang tidak menjadi tontonan.

Tidak sopan dalam kalangan orang ramai yang sibuk menguruskan jenazah, kelihatan isteri memberikan ciuman terakhir kepada jenazah suami. Bukan sahaja jenazah, pasangan suami isteri juga tidak sopan apabila berciuman dihadapan orang ramai.

 

Sumber: NasihatUstaz.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *