Diejek Makcik Bawang Malaysia Panggil Ayah B4bi, Ini Respon Dua Lipa

Penyanyi terhangat masa kini, Dua Lipa pernah mencetuskan ‘kekecohan’ apabila memanggil bapanya sebagai babi. ‘Babi’ adalah istilah untuk panggilan bapa dalam bahasa Albania. Perkara itu dibuat dalam satu pos Instagram yang kemudiannya ditukar kepada ‘dad’.

Penukaran kapsyen itu dikhabarkan berpunca daripada netizen Malaysia yang mempersenda panggilan itu dan dianggap lucu kerana membabitkan haiwan berkenaan.
Beri respon kepada majalah L’ Officiel Amerika

Dua Lipa dalam satu temubual dengan majalah L’ Officiel Amerika Syarikat meluahkan apa yang dirasakannya setelah ucapan hari jadi ayahnya itu disalah erti oleh sebilangan netizen Malaysia.

Sebenarnya agak kejam di pihak mereka untuk meninggalkan komen sedemikian kerana sudah terang-terang saya tidak faham Bahasa Melayu.

Tolong hormat budaya dan warisannya

Tambahnya, selain bahasa Inggeris, dia juga turut berkomunikasi dalam bahasa lain, namun bahasa yang digunakan untuk berinteraksi dengan orang tuanya itu perlu dihormati orang lain.

Saya juga bercakap bahasa lain, namun bahasa apa yang saya gunakan untuk bercakap dengan ibu bapa saya adalah warisan dan budaya saya. Saya mahu ianya dihormati oleh orang lain.

Dua Lipa mencipta nama dengan lagunya New Rules diterima baik dalam kalangan peminat muzik tempatan dan antarabangsa. Terbaru lagunya IDGAF pula menjadi siulan peminat.

Sumber: L’Officiel USA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *